ekonomi

Kumpulan pemikir sambut baik kerangka dasar Ekonomi Madani

Kerangka dasar Ekonomi Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut baik oleh kumpulan pemikir.

Mereka ketika menjadi tetamu program “The Brief-Special” terbitan Bernama TV, menyatakan harapan agar kesemua tujuh sasaran Ekonomi Madani yang digariskan Anwar mampu dicapai dalam dekad akan datang.

Langkah Anwar menyusun semula kerangka ekonomi bagi menjadikan negara sebagai peneraju di rantau Asia Tenggara jelas mereka akan memakmurkan Malaysia secara mampan dan meindungi kesejahteraan rakyat.

Bagi Ketua penyelidik di INCEIF University (Pusat Kecemerlangan dalam Kewangan Sosial Islam) Prof Dr Baharom Abdul Hamid, hasrat Perdana Menteri itu mampu dicapai.

Ia berpandukan beberapa pembangunan terkait yang sedang dilaksana terutama di Lembah Klang ketika ini selain pelaburan-pelaburan besar yang mula masuk ke Malaysia.
anakan ketika ini.

“Sebagai contoh, Elon Musk (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc) telah menyuarakan hasratnya untuk melabur di Malaysia dan saya sangat berharap kali ini ia benar-benar boleh berlaku.

“Ia sebenarnya bukanlah mengenai Elon Musk semata-mata, tetapi lebih kepada kesan domino atau kesan pencetus pergerakan sedemikian terhadap orang lain, Jadi (pergerakan) ini akan menjadi magnet yang berkesan,”katanya.

Dr Baharom turut melihat, gagasan Greater KL turut mempunyai potensi untuk menjadi pusat bandar raya utama Asean jika pelan tersebut dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dan menggunakan sumber yang ada dengan sebaik mungkin.

Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) Dr Elya Nabila Abdul Bahri turut berkongsi pandangan positif terhadap dasar Ekonomi Madani.

Pada pandangannya, melalui persekitaran yang baik, kemudahan menjalankan perniagaan dan keadaan pasaran yang wajar, Malaysia akan berupaya menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI).

“Dari segi tingkah laku pengguna, kita mempunyai penembusan pasaran yang lebih baik berikutan rakyat gemar berbelanja. Dari segi kuasa beli, walaupun ketika ini kita berdepan kos sara hidup yang tinggi, kuasa beli masih agak stabil.

“Sehubungan itu, wujud potensi pasaran untuk DDI dan FDI di negara ini bagi memastikan kesan pengganda tersebut,“ katanya.

Elyna Nabila sementara itu turut menyambut baik aspirasi kerajaan untuk mengantarabangsakan syarikat pemula niaga tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memandangkan langkah ini akan menyokong 79 peratus daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Related Articles

Back to top button