Pilihanraya

Mohd Zawawi yakin mampu sokongan lebih besar di Sungai Kandis

Penyandang kerusi DUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin akan sekali lagi diberi untuk menggalas tanggungjawab mewakili pengundi kawasan itu.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna & Industri kerajaan Negeri Selangor itu kerjasama politik yang terjalin antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) kali ini bakal memberinya kelebihan dari sudut jumlah undi.

“Selepas bertemu dengan pimpinan Umno dan BN serta Parti Amanah Negara (Amanah), mereka berikan sokongan padu (terhadap kami).

“Ini adalah satu sejarah yang mana PH dan BN bergabung tenaga dan kita pasti dapat raih sokongan terbesar dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

PRN Selangor di DUN N49 Sungai Kandis kali ini menyaksikan beliau bertanding menentang dua calon daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Afriena Shaqira Sariff dan Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu, Wan Dzahanurin Ahmad.

Mohd Zawawi yang sebelum ini menyandang kerusi tersebut bagaimanapun tidak akan memperkecilkan usaha parti-parti tersebut untuk terus mempertahankan DUN berkenaan.

Sebagai rekod, Mohd Zawawi menjadi wakil rakyat bagi DUN berkenaan sejak 2018.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis pada Ogos 2018, beliau meraih 15,427 undi bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy (97 undi)

PRK Sungai Kandis diadakan susulan kematian Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai tahun yang sama.

Mohd Zawawi berkelulusan Sarjana Muda (Bahasa Arab) Universiti Al Azhar, Mesir dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya.

Related Articles

Back to top button