Pilihanraya

Pasukan Perpaduan Selangor dalam situasi selesa – Amirudin

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pasukan Perpaduan di negeri itu sudah berada dalam keadaan selesa.

Mengulas situasi penamaan calon semalam yang berjalan dengan sempurna dan meriah hasil dengan PH dan Barisan Nasional (BN) menyokong antara satu sama lain, beliau yakin parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan mendahului di 68 ke 70 peratus kawasan yang ditandingi.

“Komitmen ditunjukkan bakal melonjakkan Selangor ke tahap yang lebih tinggi.

“Ia hanya dapat direalisasikan dengan pasukan yang ikhlas, padu, bersetia kawan dan yang mampu menawarkan khidmat dengan jujur untuk mengangkat maruah dan martabat orang Selangor

“Semangat setiakawan dan kesepakatan ini yang menjadi asas kepada Kerajaan Persekutuan diterjemahkan ke dalam gerak kerja di PRN kerana kerjasama ini dijalinkan atas kepercayaan dan bukannya pengkhianatan,” katanya.

Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Sementara itu beliau memberitahu, PH dan BN Selangor akan melancarkan manifesto mereka pada Isnin ini.

Related Articles

Back to top button