Semasa

Calon DUN Jeram Padang terlibat kemalangan

Calon Kerajaan Perpaduan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Jempol, Negeri Sembilan dilaporkan terbabit kemalangan awal pagi tadi

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kemalangan membabitkan Datuk Zaidy Abdul Kadir itu berlaku jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

Difahamkan, pemandu kenderaan jenis 4×4 dinaiki Zaidy berada dalam keadaan kritikal, manakala Zaidy sendiri mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya Asyraf.

Mohd Zaidy yang bertembung dengan calon Perikatan Nasional (PN) S Surash pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos ini.

Sementara itu pembantu kempennya, Mohd Nazir Md Yunus berkata, kejadian berlaku ketika Mohd Zaidy dalam perjalanan pulang ke inap desa selepas selesai bermesyuarat.

“Kemalangan pagi tadi itu berlaku ketika calon baru selesai adakan mesyuarat dengan jentera dan dalam perjalanan pulang ke inap desa di Felda Palong 2,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button