Semasa

Pembangkang ‘koyak’ cemburu dengan Kerajaan Perpaduan

Kejayaan demi kejayaan dicapai Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara menyebabkan pihak pembangkang “koyak”, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Berucap pada ceramah Jelajah Perpaduan di Semenyih, Kajang malam Selasa, Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN berkata, disebabkan kejayaan itu pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan, sebaliknya memainkan sentimen negatif termasuk menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja.

“Kejayaan yang dapat kita lihat sekarang kadar inflasi kita terus menurun dan kini mencapai pada kadar 2.4 peratus.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor komunikasi mencatatkan penurunan inflasi bagi harga Internet, iaitu menurun pada kadar negatif 3.6 peratus, bermakna harga Internet semakin murah,” katanya merujuk beberapa kejayaan dicapai pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu dalam ucapannya Fahmi menyelar tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang masih berdegil dengan memainkan sentimen atau menyentuh isu 3R.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti supaya sentiasa peka serta menghormati undang-undang dan etika berkempen.

Related Articles

Back to top button