Negeri

Gabungan Perpaduan Selangor tawar RM1,000 untuk insentif penjagaan anak

Gabungan perpaduan di Selangor menawarkan kepada golongan wanita bekerjaya di negeri itu insentif sebanyak RM1,000 .

Besar Selangor, Datuk Seri Haji Amirudin Shari berkata, tawaran itu khusus untuk membantu wanita bekerja dan mempunyai anak di Selango menampung kos bayaran pengasuh dan penjagaan anak.

Insentif itu difahamkan merupakan sebagai salah satu daripada tawaran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dasar sedia berkenaan kemasukan pelajar ke pengajian tinggi dan diskaun bayaran balik pinjaman Selangor akan dikekalkan, beliau berkata, akan ada penambahan dan tambahan.

“Kekal dan ada tambahan InsyaALLAH,” ujarnya.

Terdahulu, Amirudin ketika melancarkan ‘Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun’ mengumumkan Kerajaan Perpaduan Selangor menawarkan subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000.

Subsidi berkenaan jelasnya akan diberikan kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama untuk menyempurnakan ibadah tersebut.

Gabungan itu turut menawarkan peningkatan elaun kepada imam dan bilal antara RM700 hingga RM1,600 selain banyak lagi insentif termasuk mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk golongan muda di negeri itu.

Related Articles

Back to top button