Nasional

MOT kuatkuasa peraturan baharu mudahkan pengambilan lesen kenderaan

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengotakan janji sebelum ini untuk memudahkan urusan pengambilan lesen kenderaan untuk rakyat negara ini.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Individu yang memiliki lesen memandu motosikal atau motokar kini dikecualikan daripada menghadiri kursus dan ujian teori untuk mendapatkan lesen untuk kelas kenderaan berbeza.

Peraturan baharu itu yang akan berkuatkuasa 15 September ini hanya mensyaratkan calon memperbaharui semula lesen belajar memandu dan seterusnya mendaftar di mana-mana institut latihan memandu

“Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki kursus untuk kali kedua untuk mengambil lesen memandu motokar.

“Bagaimanapun, calon masih wajib menjalani latihan dan ujian praktikal di litar serta di jalan raya secara berasingan,” katanya.

Sementara itu tambah Anthony, had umur untuk memohon lesen memandu motosikal masih kekal pada 16 tahun manakala 17 tahun untuk lesen memandu motokar.

Individu yang mahu memohon lesen memandu perlu bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis.

“Inisiatif ini memberi manfaat kepada rakyat bagi mendapatkan lesen memandu motosikal dan motokar tanpa menjejaskan tahap kekompetenan.

“Pelaksanaan ini berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan untuk menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan lesen memandu yang sah,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button