Semasa

Tanpa perpaduan, kedaulatan jadi tergugat – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meminta semua pihak agar mengambil pengajaran dan peringatan daripada Peristiwa hitam13 Mei 1969.

Bercakap pada majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al Haj: Tonggak Perpaduan Negara di Dataran Merdeka, pada Rabu, Fahmi menegaskan tanpa perpaduan, keharmonian dan saling menghormati antara kaum, ia boleh mengakibatkan kedaulatan Malaysia menjadi lemah dan tergugat.

“Tanpa nilai-nilai tersebut negara boleh menjadi lemah dan mudah berlaku pertikaian kaum dan hura-hara.

“Maka kita perlu menyemarakkan semangat perpaduan, kebersamaan dan toleransi yang tinggi antara kaum.

“Marilah kita bertekad untuk menjauhi daripada segala tingkah laku yang boleh membawa kepada perpecahan, perselisihan faham dan perasaan curiga antara satu sama lain,” katanya Ketua Penerangan Parti KEADILAN itu.

Pada majlis tersebut, Fahmi turut mengingatkan kepada jasa Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai antara individu yang memainkan peranan bagi memulihkan hubungan antara kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 itu.

Ujarnya, bekas Timbalan Menteri itu merupakan seorang tokoh luar biasa dalam sejarah negara dan pemimpin yang gigih serta tegas dalam memperjuangkan perpaduan bagi memastikan keharmonian kaum di tanah air ini.

“Dedikasi dan sumbangannya amat signifikan dalam membangunkan dan memajukan tanah air,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button