Negeri

Prestasi Aminudin cemerlang, tiada sebab untuk tukar kerajaan N9

Seorang penganalisis politik memuji keekapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dibawah pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun mengemudi negeri itu.

Mohd Azmir Mohd Nizah yang merupakan Penganalisis politik dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berkata, walaupun Aminuddin berdepan cabaran termasuk ketidaktentuan politik di peringkat pusat dan pandemik Covid-19 , amun pentadbirannya tetap berjalan lancar tanpa cetusan kontroversi.

Keseriusan kerajaan negeri mengutamakan amanah diberikan rakyat juga jerbukti apabila 97 peratus manifestonya dilaksanakan seperti dijanjikan lima tahun lepas sekali gus menunjukkan

“Petunjuk prestasi utama (KPI) manifesto 2018, hampir 95 hingga 97 peratus dicapai, dalam konteks ini kreditnya A iaitu cemerlang dalam memacu Negeri Sembilan.

“Kalau pengundi rasa itulah yang terbaik bagi mereka, tiada sebab untuk rakyat memilih lain pada pilihan raya negeri ini,” katanya dipetik Bernama.

Antara kejayaan manifesto PRU ke-14, katanya, ialah sebanyak 27,688 unit rumah mampu milik dibina melalui inisiatif Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, hasil negeri meningkat dalam tempoh lima tahun iaitu RM566 juta pada 2021 menjadi RM522 juta pada 2022, pelaburan mencecah RM9 bilion tahun lepas dan pelbagai lagi.

Sementara itu, Felow Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berpandangan Aminuddin membuktikan kredibiltinya menerajui Negeri Sembilan dengan pencapaian pelaburan tinggi serta inisiatif ekonomi memanfaatkan rakyat.

“Aminuddin bukan sahaja ada majoriti yang cukup untuk mempertahankan Negeri Sembilan, tetapi kepimpinannya tidak menimbulkan sebarang perubahan drastik dari segi pentadbiran negeri dan dapat menerajui dengan baik bersama parti lain Amanah dan DAP,” katanya.

Melihat pada prestasi ekonomi membanggakan, kerajaan negeri jelasnya sudah boleh memulakan lonjakan infrastruktur yang tepat dari sudut jaringan pengangkutan.

“Sebagai rakyat yang tinggal di negeri ini, saya mahu melihat apakah seterusnya bagi Negeri Sembilan.

“Sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan kepada status negeri maju, kalau dilihat limpahan ekonomi ini disebabkan pembangunan yang pesat, potensi jadi negeri maju itu besar,” katanya.

Sementara itu tambah Majibu, rakyat di negeri itu kini sedang menanti perancangan Kerajaan Perpaduan untuk Negeri Sembilan menuju status negeri maju selepas melihat limpahan ekonomi serta keyakinan ditunjukkan pelabur.

Related Articles

Back to top button