Semasa

‘Sanusi fitnah, saya akan ambil tindakan undang-undang’, tegas Amirudin

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Ia susulan tuduhan fitnah dilempar Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkaitan ucapan pada majlis Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra.

Ini difahamkan membabitkan dakwaan Sanusi bahawa Amirudin terlibat “skandal” dengan pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

“Saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor minggu hadapan atas fitnah yang dilontarkan ini,” kata Amirudin melalui satu kenyataan.

Sanusi pada Khamis dilaporkan berkata pengasas Kumpulan Vincent Tan mahu mengadakan projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di negeri itu.

Susulan itu pada Jumaat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land Syed Ali Shahul Hameed memaklumkan pihaknya akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan terhadap Sanusi.

Sementara itu, Amirudin hari ini menjelaskan pihaknya telah memperincikan secara panjang lebar projek pembersihan sungai itu pada sidang Dewan Negeri (DNS) tahun lalu dan awal tahun ini serta pada sidang parlimen 1 Mac lepas.

“Ucapan beliau tersebut jelas adalah fitnah, dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak dan ingin pengalihan persepsi daripada segala dakwaan skandal REE yang terpalit ke atas beliau, yang masih gagal dijawab secara berfakta sehingga kini.

Related Articles

Back to top button