Semasa

100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun, manifesto PN mengarut

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas manifesto Perikatan Nasional (PN) untuk mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan di Kedah dalam tempoh 30 tahun.

Dalam ucapan di Persidangan Ekonomi Kebangsaan Malaysia Ke-16 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Seberang Jaya pada Sabtu, Anwar menegaskan rakyat sebenarnya memerlukan pekerjaan sekarang.

Manakala syarikat besar seperti Geely Holding Group, Tesla, Starlink, dan Saudi Aramco yang mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia juga memerlukan puluhan ribu pekerja berkemahiran pada kadar segera.

“Syarikat besar yang datang ini memerlukan puluhan ribu tenaga (kerja) bukan seperti mana unjuran PN untuk 30 tahun akan datang, tidak. Ini tahun ini dan tahun depan.

“Itu beza kita dengan mereka…Kita kata ‘no no immediately’ sebab pengangguran dan ekonomi harus dipacu sekarang,” tegasnya.

Pada Khamis, PN Kedah dalam manifesto mahu mewujudkan 100,000 peluang kerja berkemahiran tinggi sekiranya berjaya mengekalkan kuasa pada PRN 12 Ogos.

Gabungan itu berkata, peluang itu disediakan melalui projek berimpak tinggi seperti Kedah Rubber City (KRC), Kedah Aerotropolis, Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan, Taman Sains dan Teknologi Kedah serta Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Sekiranya sasaran PN itu dicongak dengan tempoh 30 tahun, ia akan hanya membuka peluang pekerjaan sekitar 3,340 orang setahun.

Related Articles

Back to top button