Semasa

Bakal kunjungi Malaysia, Erdogan doakan kejayaan PH-BN pada PRN minggu depan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan akan berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat.

Perkara itu dikongsikan Anwar melalui hantaran di laman Facebook rasminya hari ini susulan pertemuan secara maya kedua-dua pemimpin malam tadi yang turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Tambah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, Erdogan telah menyatakan komitmen jelas berhubung kunjungan itu bagi memenuhi undangannya untuk memperkukuh lagi hubungan kedua-dua negara,

“Saya dan Presiden Erdogan turut bersetuju untuk bersemuka semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin bakal menjalin kerjasama untuk menangani isu Islamofobia di peringkat antarabangsa.

Bagi tujuan itu , Erdogan telah berkongsi hasrat agar Anwar dapat bersama pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September ini bagi mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi menghadapi isu Islamofobia.

Sementara itu Anwar berkata, berkata dalam sesi itu juga, Erdogan sempat mendoakan kejayaan gabungan perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Related Articles

Back to top button