Nasional

MOSTI kerjasama dengan dua kementerian lain pupuk minat pelajar kepada Sains dan Matematik

Tiga kementerian dilapor akan bekerjasama mencari kaedah meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

Menterinya Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menjayakan sasaran itu.

Tambahnya, ketika ini sudah ada satu jawatankuasa bersama bagi mencari penyelesaian minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

“Kita sudah tubuhkan jawatankuasa di peringkat kerja dan selepas ini akan ada jawatankuasa peringkat menteri dan kita yakin dapat menyelesaikannya.

“Paling penting ialah program dan inisiatif ini berjalan baik dan mencapai matlamat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di Astaka Padang Tembak di Georgetown, hari ini bersama Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga Lee Boon Heng dari Pakatan Harapan (PH).

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPM serta MOSTI perlu mencari pendekatan baharu bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Ia susulan kajian terbaharu oleh KPM yang mendapati minat pelajar terhadap kedua-dua mata pelajaran itu menurun.

Related Articles

Back to top button