Negeri

Melaka rancang perkasa, pupuk minat kepada TVET seawal alam persekolahan

Kerajaan negeri Melaka merancang untuk memperkasa bidang pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, cita-cita itu boleh dicapai menerusi program sekolah angkat dengan kerjasama institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta bagi memupik minat mendalam dalam kalangan pelajar kepada TVET.

Bagi tujuan itu jelasnya, kerajaan negeri telah mengenal pasti sebanyak 77 buah sekolah bagi memulakan program berkenaan yang akan dimulakan tidak lama lagi.

“Program yang dirancang ini selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi.

“Justeru program sekolah angkat bersama IPT akan merangkumi perkongsian ilmu dan teknologi untuk memperkasakan bidang TVET dalam kalangan pelajar sekolah,” kata Fairul dalam satu program ramah mesra bersama pengamal media di Alor Gajah minggu lalu.

Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa TVET menjadi salah satu agenda utama.

Ia sudulan dunia sedang menghadapi perubahan automasi dan digitalisasi yang mana TVET ini adalah kunci untuk menceburi alam kemahiran sekaligus mendapatkan peluang pekerjaan dengan gaji lebih tinggi.

Related Articles

Back to top button