Semasa

5 syarikat komunikasi sokong rangka kerja Ekonomi Madani

Lima syarikat perkhidmatan telekomunikasi menyatakan komited mereka dalam usaha menyokong rangka kerja Ekonomi Madani diperkenal pentadbiran Datuk Seri Anwar.

Melalui kenyataan bersama , lima syarikat terbabit iaitu CelcomDigi Bhd (CelcomDigi), Maxis Bhd (Maxis), Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes) menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pasca Bayar Rahmah Penjawat Awam bersempena Bulan Kebangsaan.

“Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pasca Bayar Rahmah Penjawat Awam akan dilancarkan pada 31 Ogos, 2023. Sehubungan itu, para pelanggan dinasihatkan untuk melihat pakej yang disediakan di laman sesawang pihak pengendali perkhidmatan,” kata syarikat terbabit.

Kenyataan itu menyusul pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Isnin bahawa penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej pascabayar masing-masing menerusi Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos, 2023.

Selain itu, bersempena dengan Bulan Kebangsaan, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia juga menawarkan Pakej 5G Rahmah juga bermula pada 31 Ogos ini.

Related Articles

Back to top button