Nasional

Program besar sedang dirancang untuk ringan beban rakyat

Kerajaan Persekutuan sedang merangka beberapa program besar untuk dilaksana supaya usaha mengurangkan tekanan hidup rakyat dapat dijayakan.

Menurut Perdana Menteri, program besar itu akan dibentangkan dalam Belanjawan MADANI kedua yang dijangka pada Oktober nanti.

Berucap ketika merasmikan Karnival Sahabat Usahawan MADANI Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Terengganu di Kuala Nerus di Terengganu pada Rabu,

Mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata melalui program itu, kerajaan berhasrat agar Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memainkan peranan mengangkat martabat rakyat yang miskin.

“Kalau ditanya mengapa? Saya berkata saban minggu bicara soal kemiskinan. Sebabnya kita orang Islam tahu tanggungjawab kita‚Ķorang yang memakan harta anak yatim dan tidak memelihara kepentingan orang miskin itu disebut dalam al-Quran, (sebagai) orang yang mendustakan agama.

” Ini soal yang berat jadi kalau saya sekarang ini ada amanah sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh pandang ringan,” katanya.

Dalam ucapannya, Anwar mengulangi tekad untuk memperjuangkan nasib rakyat yang miskin.

Beliau yakin melalui langkah itu, martabat rakyat boleh diangkat dengan syarat negara dipimpin oleh golongan yang prihatin dan mempunyai tekad membantu rakyat miskin.

Related Articles

Back to top button