Pilihanraya

Anwar gesa pengundi beri ‘knockout’ kepada Perikatan Nasional

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Selangor supaya memberi isyarat jelas penolakan kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, hanya dengan kemenangan itu sahaja negara akan terus kekal diperintah dengan aman oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat dan negeri.

“Orang Selangor patut ajar mereka (PN) kali ini dan kita beri ‘knockout’ (kalah mati) kepada PN,” katanya .

Anwar sebelumnya menyampaikan ucapannya di Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale Kuala Selangor di Tapak Pasar Malam, Bestari Jaya pada malam Khamis.

Sementara itu Anwar berkata, kejayaan Kerajaan Perpaduan mentadbir sepanjang tempoh lapan bulan lalu menjadi asas untuk kerajaan hari ini bertahan.

“Kalau saya tak buat kerja, tiada keyakinan cakap macam ini kerana saya sudah lama jadi Ketua Pembangkang.

“Kalau saya tak buat kerja dan tidak buat bersungguh-sungguh, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan menteri kerajaan (tentunya) tiada keyakinan kepada saya,” ujar beliau.

Justeru kata beliau, Kerajaan Perpaduan yang ada pada masa ini telah memberikan perkhidmatan terbaik bagi membela semua nasib rakyat tanpa mengira kaum.

Related Articles

Back to top button