Negeri

PH-BN henti kecurian REE di Kedah jika diberi mandat tadbir negeri

Gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) di Kedah berjanji untuk menghentikan kecurian unsur nadir bumi (REE) sekiranya berjaya membentuk kerajaan di negeri itu pada 12 Ogos depan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ketua Setiausaha Agung PH berkata, janji tersebut ditawarkan oleh gabungan itu bagi memastikan galian berharga di negeri itu terjamin selamat dan tidak dicuri.

“Kami akan segera hentikan insiden kecurian ini dan surat 15 Mei (kebenaran masuk hutan simpan) dan surat 3 Mei (surat kebenaran persampelan di Kampung Bendang Man) kita akan batalkan serta merta.

“Ini pintu kepada kecurian. Hentikan kecurian dan mulakan siasatan terhadap REE,” katanya Saifuddin.

Beliau berkata begitu dalam sidang media grand finale di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Mengakui REE adalah sumber pendapatan baharu kepada Kedah, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan negeri perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi memulakan rundingan.

“Mengikut dasar semasa tidak akan diluluskan juga sekiranya Kerajaan Perpaduan mengambil alih di mana kerajaan negeri dan kerajaan pusat sama, kita akan memulakan perundingan.

“Ini untuk melihat dasar semasa bagi melihat ruang fleksibiliti dilakukan atas rasional hasil bumi Kedah wajar diusahakan secara mengikut undang-undang dan peratusan. Ini akan kira rundingkan,” katanya.

Sementara itu tambah Saifuddin, sebaik mengambil alih pentadbiran negeri Kedah, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memulakan siasatan segera mengenai kecurian REE di negeri itu.

Related Articles

Back to top button