20 Peratus pengundi telah tunai tanggungjawab setakat jam 10 tadi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat 10 pagi, kira-kira 20% pengundi berdaftar telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Dengan peratusan itu bermakna, hampir 1.95 juta undi sudah dibuang dengan pengundian akan berakhir pada 6 petang ini.
SPR sebelum ini memaklumkan secara keseluruhannya, 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu .
Kedah dan Pulau Pinang merekodkan 20%, Terengganu (22%), Selangor (19%), Negeri Sembilan (18%), dan Kelantan mencatatkan peratusan terendah dengan hanya 17 peratus keluar mengundi.
Sementara ti SPR turut memaklumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu diadakan hari ini merekodkan 19% keluar mengundi.
Enam kerajaan negeri itu sebelum ini memutuskan tidak mengadakan pilihan raya serentak pada PRU15, yang diadakan pada November tahun lalu.
Seramai 570 calon, termasuk sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Terdahulu, Perdana Menteri DatuK Seri Anwar Ibrhaim menyeru orang ramai untuk keluar mengundi, sebagai memenuhi tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang akan mentadbir enam buah negeri terbabit.