Semasa

Polis keluar arahan larang perarakan politik

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengingatkan penyokong parti yang menang supaya tidak mengadakan perhimpunan atau perarakan malam ini untuk meraikannya.

Razarudin dipetik laporan media juga berkata polis akan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara sejurus tengah malam ini.

Walaubagaimanapun, ia tetapi hanyalah sebahagian daripada operasi bulanan untuk mencegah jenayah dan menjaga ketenteraman awam.

“Bukannya disebabkan PRN kita buat roadblock. Kita memang buat sekatan jalan hampir setiap bagi mencegah jenayah dan juga macam saya cakap tadilah, (untuk jaga) k etenteraman awam,” katanya.

Sementara itu di Kedah, Ketua Polis negeri Datuk Fisol Saleh turut membuat gesaan serupa agar penyokong tidak berarak

Ia jelasnya bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang awam.

Pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari in Fisol berkata, anggota polis akan menahan individu yang melakukan konvoi atau membawa bendera parti meraikan kemenangan

Related Articles

Back to top button