Semasa

Kempen sudah selesai, kukuhkan silaturahim semula – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat kembali memperkukuh silaturahim dan perpaduan sebaik Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini selesai.

Diperingkat kerajaan Persekutuan jelasnya, keputusan hari ini tidak akan menjejaskan sebarang kedudukan kerajaan sedia ada kerana ia hanya akan menentukan kepimpinan kerajaan baharu.

“Ini PRN, tugas Kerajaan Persekutuan akan berjalan seperti biasa, kita akan meneruskan kerja mulai esok,” katanya.

Beliau sementara itu menggesa pengundi di enam negeri menunaikan tanggungjawab masing-masing dan menasihatkan pengundi keluar awal bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

“Saya minta pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturrahim. Mengundi dengan aman, harap keluar awal dan jangan tangguh tanggungjawab untuk mengundi lebih awal,” katanya ketika ditemui pemberita.

Anwar sebelumnya hadir di pusat pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berkemeja biru dengan turut diiringi isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

DUN Penanti menyaksikan persaingan dua penjuru di antara penyandangnya, Muhammad Faiz Fadzil daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) menentang Amir Hamzah Abdul Hashim yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Related Articles

Back to top button