Pilihanraya

Kerajaan akan jalankan ‘post mortem’ cari punca peratusan mengundi rendah

Kerajaan Perpaduan bakal melaksanakan post mortem bagi memahami mengapa peratusan keluar mengundi Pilihan |Raya Negeri (PRN) yang diadakan semalam rendah, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil.

Perkara itu dimaklumkan Fahmi selepas mengikuti perkembangan keputusan enam PRN bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.

“Dari segi turn out itu mungkin kita kena faham apa yang berlaku dan kita akan buat post mortem untuk memahami dengan lebih mendalam,” katanya kepada pemberita.

Jumlah peratusan keluar mengundi semalam dilapor rendah apabila kebanyakan negeri mencatatkan peratusan sekitar 60 peratus kecuali Terengganu yang merekodkan 70 peratus.

Kelantan mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah.

Sementara itu, Fahmi berkata ketika mengulas keputusan PRN menjelaskan, ia sememangnya sudah dijangka berdasarkan beberapa dapatan daripada firma-firma kaji selidik.

“(Jadi) banyak kaji selidik yang dilaporkan mempunyai banyak data tambahan dan kita akan ambil semua data ini untuk kita teliti,” katanya.

Related Articles

Back to top button