Negeri

Selangor umum cuti sempena PRN esok

Kerajaan Selangor mengumumkan esok sebagai Cuti Hari Kelepasan Am sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ke-15, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim menerusi kenyataan ringkas, hari ini.

“Sukacita dimaklumkan kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, bersamaan 27 Muharam 1445H sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Isnin sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam PRN.

Beliau dilapor berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya.

Gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dun pada pengundian semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dipetik berkata PH-BN memperoleh majoriti mudah 29 kerusi, sekali gus melepasi lebih 50 peratus kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) menang 22 kerusi

Related Articles

Back to top button