AnwarSemasa

PM Anwar zahir penghargaan buat semua pengundi PRN Sabtu lalu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya dalam hantaran itu.

Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.

Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Anwar dalam kenyataan kepada pemberita Sabtu malam berkata, menghormati mandat yang diberi rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah memihak kepada pembangkang untuk mengekalkan kuasa

Justeru dengan berakhirnya pilihan raya itu, menyeru rakyat mengetepikan perbezaan politik dan kembali bersilaturahim bagi membina semula masa depan negara.

Related Articles

Back to top button