Semasa

Kerajaan Perpaduan tak mungkir janji – TPM

Kerajaan Perpaduan tidak akan memungkiri janji-janji untuk membantu rakyat termasuk dalam soal menyediakan kemudahan perumahan bagi rakyat yang tidak berkemampuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerajaan yang progresif dan produktif dalam menyantuni semua permasalahan yang dihadapi rakyat.

“Kerajaan Perpaduan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar… setiap janji yang beliau lafazkan dan perkara (masalah) yang dibawa kepada saya, pastinya akan dibawa (dibincang) supaya diluluskan untuk kepentingan rakyat,” katanya pada majlis lawatan kerja beliau ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, Taman Perling, Johor Baharu semalam.

Menyentuh aspek perumahan PPR, Ahmad Zahid berkata, kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan sentiasa bekerjasama melaksanakan inisatif terbaik untuk rakyat.

kerajaan penyediaan kemudahan asas yang berkualiti perlu diberi perhatian dan bagi tujuan itu

“Kita mahu rakyat menikmati (bantuan) secara adil kerana kita lihat rumah sewa kerajaan yang harga sebulan bawah RM200 pun masih ada yang tidak dapat membayar… ini perlu diberi perhatian,” katanya sambil menegaskan penyediaan kemudahan asas berkualiti sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.

Related Articles

Back to top button