Nasional

BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan, bekalan beras putih dalam negara adalah mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat di negara ini.

Dalam satu kenyataan, BERNAS memaklumkan, pihaknya telah menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik bekalan beras import ke dalam negara, dari Januari hingga Ogos lalu.

Syarikat itu berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun lalu.

“Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi tanpa perlu kerajaan menggunakan bekalan stok penimbal.

“Begitupun, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga beras putih tempatan dan import.

“Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain industri makanan,” katanya.

Melalui peranannya sebagai pembeli padi yang terakhir, purata pegangan pasaran padi tempatan BERNAS hanya kira-kira 10 peratus.

Manakala selebihnya dibeli dan diproses oleh kilang swasta.

BERNAS turut menyatakan komitmen dan menyokong semua program intervensi dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi.

Related Articles

Back to top button