Semasa

Mohamad Sabu jadi mangsa fitnah media sosial lagi

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu sekali lagi menjadi mangsa fitnah.

Terbaharu tular satu poster berbentuk kenyataan menteri mengulas mengenai isu beras yang ditularkan di laman sosial bagi mengelirukan rakyat di negara ini.

Poster tersebut yang menggesa Malaysia wajar mencontohi Amerika Syarikat yang didakwa tiada sawah namun tidak berdepan isu kenaikan harga makanan ruji itu kemudian disah sebagai fitnah oleh Pejabat Menteri KPKM.

“Poster itu adalah fitnah dan tidak betul.

“Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang ditularkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya Pejabat Menteri KPKM yang turut dikongsikan di laman Facebook Mohamad Sabu

Minggu lalu, Mohamad Sabu difitnah dengan sebaran poster kononnya membuat kenyataan mengaitkan pembelian beras dengan masalah kegemukan.

BACA: Mohammad Sabu jadi mangsa fitnah di media sosial

Sebaran poster berunsur fitnah itu turut diadukan kepada SKMM.

Related Articles

Back to top button