Semasa

Pindaan IHR: Malaysia tetap akan utamakan kedaulatan negara

Kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Menterinya Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan pada Khamis menegaskan, perkara itu itu belum dimuktamadkan dan masih dalam rundingan dan tiada apa-apa keputusan diberikan mengenai oleh pihak kerajaan.

“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui.

“Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini,” katanya sebagai mengulas kebimbangan dan gesaan pelbagai pihak supaya kerajaan membantah WHO CA+ dan pindaan IHR 2005.

Terdahulu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan susulan bimbang ia akan mengancam kedaulatan negara.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, Malaysia harus tegas dan wajib menolak pindaan tersebut supaya negara tidak dijajah anasir luar.

Menurutnya, sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

Related Articles

Back to top button