Parlimen

3 kaedah dipertimbang untuk pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol dan diesel – Rafizi

Tiga kaedah penyasaran semula subsidi petrol dan diesel akan dilaksana dan dikemukakan untuk pertimbangan jemaah menteri.

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata, langkah bertujuan menambah baik kedudukan fiskal negara sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

“Pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.

“Kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan melalui pendekatan hibrid.

“Ketiga, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah, dan juga individu, gabungan, tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai mekanisme subsidi bersasar berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Malah, katanya, pelaksanaan subsidi bersasar itu hanya dapat dilakukan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka kepada rakyat bagi membolehkan semakan maklumat serta verifikasi kelayakan setiap isi rumah dijalankan.

“Mengikut keputusan sekarang, PADU akan hanya dibuka pada Januari 2024 dan tempoh masa untuk rakyat mengemaskini serta mengesahkan maklumat dalam PADU adalah selama tiga bulan,” katanya.

Sejak 2015 hingga 2023, jumlah subsidi serta bantuan sosial yang ditanggung kerajaan berjumlah RM294.5 bilion.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button