Semasa

Kerajaan berhasrat angkat martabat Felda

Kerajaan Persekutuan akan terus mengangkat martabat Felda sebagai kubu kuat program penjanaan ekonomi dan pendapatan orang Melayu, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor di Kemaman malam tadi .

“Kita (Kerajaan Perpaduan) baru ambil alih kerajaan setahun dan kita telah lakukan sebaiknya (untuk Felda).

“Kita hendak Felda kuat, bila Felda kuat kita hendak kerajaan dan politik yang kuat dan stabil. Bila politik stabil kita boleh tambah peruntukan. Sekarang imej kita (Kerajaan Perpaduan) baik di mata dunia ,” katanya.

Mengulas mengenai usaha yang mahu dilaksana, Anwar berkata ia bukan sekadar memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan isu perumahan generasi kedua dan ketiga Felda.

Malah ia turut akan meliputi soal pembangunan digital, ilmu dan pendidikan yang akhirnya akan menaikkan lagi taraf penduduk di kawasan tanah rancangan itu.

BACA LAGI: 50,000 tempat disediakan untuk generasi muda Felda belajar TVET

Sementara itu jelasnya, usaha untuk mengangkat martabat Felda tidak mustahil untuk dijayakan sekiranya ada kesungguhan untuk melakukannya.

“Ada orang kata, saya umum tak jalan. Saya umum kemiskinan tegar dari 130,000 keluarga, kini tinggal sekitar 11,000 hingga 12,000. Malaysia negara pertama di dunia berjaya menyelesaikan isu kemiskinan tegar.

“Tandas sekolah, 8,360 tandas sekolah yang dibaiki. Kawasan Felda, kampung, Ketengah, anak kita pergi sekolah tandas tak sempurna, saya lihat dari bawah dan kita selesaikan masalah dari bawah,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button