Semasa

PM Anwar seru pengusaha batik terap keindahan seni Melayu -Islam dalam corak batik

Pengusaha batik tempatan diseru menerapkan nilai serta keindahan seni Melayu dan Islam dalam corak batik yang dihasilkan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak menafikan keindahan, corak dan citarasa berbeza yang ditampilkan dalam rekaan batik tempatan ketika ini berkata, kekuatan dan keindahan seni Melayu Islam tempatan dan di rantau ini boleh dikembangkan dalam rekaan corak-corak baharu.

“Saya anjurkan supaya pengusaha batik tempatan faham tentang nilai, keindahan seni melayu dan islam di rantau ini.

Beliau sementara mahu usaha mempromosi barangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan tempatan dipertingkatkan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

BACA LAGI: MADANI bukan sekadar pacu ekonomi, tetapi seni dan budaya Islam juga – PM Anwar

“Corak-corak itu boleh dibuat dan dikembangkan berdasarkan keaslian dan diindahkan mengikut citarasa semasa (Melayu dan Islam tempatan),” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia di Putrajaya pada Khamis.

“Esok petang, saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN diundang Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakai sut atau pakaian rasmi. Tapi saya bagi nota balas dan cakap (maklum), saya nak pakai baju batik Malaysia.

“Sebabnya apa…saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barangan buatan Malaysia. Saya rasa bangga (pakai) dan akan beritahu bahawa ini batik Malaysia di mana mutu dan rekaannya baik,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyeru barisan Jemaah Menteri untuk menunjukkan kesungguhan dalam mempromosi serta menyokong barangan Malaysia.

Related Articles

Back to top button