Tiada tempat untuk media promosi keganasan, ucapan kebencian di negara ini – Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi menyokong kebebasan media namun mengingatkan bahawa tiada tempat untuk organisasi media yang mempromosi keganasan dan ucapan kebencian wujud di negara ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, kerajaan giat melaksana kawal selia dan kempen penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada dan kempen mendidik masyarakat menjauhi laporan oleh portal-portal berkenaan.
Namun jelasnya ia terpulang kepada setiap individu sama ada mahu menjauhi portal mempromosi keganasan atau ucapan kebencian itu atau tidak.
“Kita mesti sedar bahawa dengan hanya melawati (media sebegitu) memberi laman web terbabit algoritma dan kemudian (kandungan) yang lain menyusul.
“Menolak kandungan berbahaya bukan hanya baik untuk individu, tetapi untuk negara secara keseluruhan,” katanya.
Teo berkata begitu pada ucapan di majlis Makan Malam Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) sempena pelancaran Siri Pembangunan Profesional NPC di Kuala Lumpur malam tadi.
BACA LAGI: RUU Majlis Media Malaysia sentuh hasil iklan organisasi media digubal tahun hadapan
Sementara itu jelasnya, Malaysia mempunyai ekosistem media jauh lebih mantap seperti dicerminkan dalam peningkatan ranking kebebasan akhbar antarabangsa Malaysia yang harus dilihat sebagai satu permulaan baik.
Namun bagi meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dalam rangking tersebut, usaha lebih besar jelasnya perlu dilakukan.
Bagaimanapun, Teo berkata usaha lebih besar diperlukan untuk meningkatkan lagi kedudukan Malaysia di dalam ranking.
“Malaysia adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan menghormati hak-hak individu lain serta golongan minoriti. Oleh itu, kita mesti memperkukuh kebebasan kita dengan tanggungjawab bersama. Tanggungjawab terhadap kebenaran adalah teras kewartawanan seperti yang kita sedia maklum.
“Meningkatkan lagi ranking kebebasan akhbar Malaysia adalah usaha kolektif yang memerlukan usaha bersepadu.Saya akan bersama-sama anda dalam perjalanan ini.,” katanya.