Semasa

Kisah Ashabul Kahfi: PM Anwar zahir penghargaan kerana bahas dengan beradab

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mengambil bahagian dalam membahaskan mengenai isu Ashabul Kahfi yang menjadi polimik baru-baru ini.

Penghargaan itu disampaikan Presiden KEADILAN itu melalui satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi.

“Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang bersama dalam perbahasan ini dengan menegak budaya wacana yang sihat, terbuka dan beradab seperti yang ditegaskan Islam,” katanya.

Terdahulu, ucapan Anwar pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) lalu yang memetik kisah pemuda (Ashabul Kahfi) yang ditidurkan Allah di dalam sebuah gua selama beratus tahun menjadi isu hangat apabila ia diulas oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

BACA LAGI: Pendakwah harus bijak jawab persoalan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab

Azhar Idrus dikritik ramai setelah dianggap bersikap gopoh melabel pemimpin kanan negara, dipercayai Perdana Menteri sebagai sesat apabila merujuk Ashabul Kahfi sebagai beragama Kristian.

Sedangkan dalam ucapannya Anwar memetik surah Al Kahfi, Ayat 14 yang yang maksudnya “Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.” bagi menegaskan keimanan pemuda tersebut.

Related Articles

Back to top button