Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2024

Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada rakyat Malaysia.
Melalui poster hantaran di Facebook milik Istana Negara, Seri Paduka Baginda mendoakan rakyat dan negara hidup dalam kemakmuran pada tahun 2024.
“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.
“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua.
Pada tahun ini juga, Al-Sultan Abdullah akan menamatkan perkhidmatan sebagai YDPA yang ke-16 pada 30 Januari 2024.
Perkhidmatan YDPA yang seterusnya akan diterajui oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 31 Januari 2024.



