Negeri

1,344 hektar ladang koko di Sabah bakal dibaik pulih semula – Timbalan Menteri

Kerajaan Perpaduan melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) bakal melaksana Projek Pemulihan Ladang Koko di Sabah pada tahun ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata, LKM memperuntukkan RM5 juta untuk memulihkan 1,344 hektar ladang koko sedia ada, yang diusahakan oleh 2,084 peladang

Program itu juga jelasnya bertujuan untuk untuk meningkatkan hasil koko melalui insentif input pertanian dan menggunakan teknologi termaju dalam pengurusan ladang koko memandangkan koko merupakan antara tanaman komoditi makanan utama yang menyumbang kepada pendapatan eksport negara.

“Sabah merupakan pengeluar utama biji koko negara sejak awal. Pada 2023, keluasan ladang koko di Sabah ialah 8,510 ekar atau 3,444 hektar iaitu 57.5 peratus daripada keseluruhan keluasan tanaman koko di negara ini.

“Pada 2022, pendapatan daripada eksport koko adalah sebanyak RM7.82 bilion. Manakala hasil eksport koko dari Januari hingga November 2023 adalah RM7.4 bilion.

“Bagaimanapun, imbangan dagangan bagi industri koko pada 2022 hanya akan direkodkan pada RM1.72 bilion dan RM20 juta pada 2023 (sehingga November) berikutan pergantungan pada import biji koko kering.

“Adalah menjadi aspirasi saya untuk kita semua membangunkan industri koko, khususnya di Sabah dengan bersungguh-sungguh supaya kita dapat meningkatkan imbangan perdagangan koko pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

BACA LAGI: Tampung keperluan makanan, PM seru usahakan tanaman sayur dan buah-buahan

Chan sebelumnya mengadakan kerja rasmi pertamanya ke ibu pejabat LKM di Wisma Sedco, di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengurusan LKM Datuk Matbali Musah, Pengarah LKM Datuk Dr Ramle Kasin dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada Kementerian Cheah Chee Fong.

Sementara itu jelasnya, nilai jualan industri hiliran masih rendah dan berliau berharap usaha berterusan daripada LKM akan membantu meningkatkan lagi hasil jualan usahawan dan menambah bilangan usahawan koko di Malaysia melalui dasar dan projek yang dirancang.

“Sehingga kini, industri hiliran Sabah terdiri daripada empat perniagaan pembuatan coklat dan konfeksi koko, serta 32 usahawan coklat tempatan.

“Usahawan coklat di Sabah mencatatkan jualan RM 792,351 pada 2022. Antara Januari dan September 2023, nilai jualan mencecah RM851,928,” katanya dipetik media.

Related Articles

Back to top button