Politik

PM Anwar harus kekal hingga tamat penggal – Premier Sarawak

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dikekalkan sebagai Perdana Menteri hingga tamat tempoh penggal Parlimen

Bercakap pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak di Hikmah Exchange, Kuching malam tadi beliau menekankan, keutamaan sekarang harus difokuskan kepada kestabilan politik negara untuk memulihkan ekonomi Malaysia dan memastikan rakyat menikmati kesejahteraan.

“Kalau Anwar, Perdana Menteri sudah di sana (menerajui kerajaan ketika ini), biarkanlah sampai habis (penggal pentadbiran).

“Ini kerana ketentuan kerajaan mengikut amalan demokrasi ialah apabila pilihan raya telah diadakan, apa keputusannya biarlah sampai habis,” katanya.

Beliau turut mengingatkan jika Anwar ditukar dalam pertengahan jalan sebelum penggal pentadbiran berakhir, lebih usaha menukar kerajaan yang akan menyebabkan ketidakstabilan akan berlaku selepas itu.

BACA LAGI: Drama politik ‘Langkah Dubai’ hanya buang masa- Abang Johari

“Selepas itu, akan ada macam-macam (istilah) seperti ‘tebuk atap’, ‘masuk jendela’ dan mungkin ada juga ‘tebuk lantai’ pula nanti.

“Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat seluruh negara,” tambahnya.

Justeru katanya, Sarawak akan terus berpegang kepada pendirian menyokong kerajaan sedia ada bagi mengukuhkan kestabilan politik Malaysia.

Related Articles

Back to top button