ekonomi

Sistem kewangan negara diperkukuh dengan langkah keselamatan siber

Bank Negara Malaysia (BNM) menjalinkan kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh langkah keselamatan siber dalam sistem kewangan negara.

Kerjasama yang dimeterai pada Isnin lalu merupakan satu usaha bagi melindungi daya tahan sektor kewangan sekali gus meningkatkan ketersediaan keselamatan siber.

Menurut Penolong Gabenor, Aznan Abdul Aziz, perubahan teknologi membuatkan perkhidmatan kewangan perlu seiring dengan peredaran masa kini.

“Seiring dengan kadar pendigitalan perkhidmatan kewangan yang semakin pantas, BNM terus memberikan keutamaan untuk memastikan institusi kewangan kekal berdaya tahan bagi menghadapi ancaman siber pada masa sekarang dan akan datang.

“Kerjasama ini akan memperkukuh daya keupayaan tindak balas terhadap insiden secara bersama dengan institusi kewangan supaya persekitaran selamat bagi pembangunan serta inovasi dalam sektor kewangan,” katanya.

Sementara itu, kata, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab, selain isu teknikal, keselamatan siber turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembanunan keupayaan insan.

Beliau juga tidak menafikan bahawa menangani kelemahan yang berkaitan dengan kemajuan teknologi baru ini adalah sangat penting bagi mewujudkan tempat kerja yang selamat.

“Sehubungan dengan itu MoU harini ini mentakrifkan perkongsian strategik antara dua entiti, di sampin saling bertukar risikan ancaman siber bagi meneguhkan lagi pengawasan antara CNM dengan insutri kewangan terhadap ancama siber,” katanya.

Majlis menandatangani MoU ini telah disaksikan oleh Ma. Sivanesan Marimuthu, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi, Datuk Jessica Chew Cheng Lian, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Jeneral Tan Sri Datuk Dr. Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Pengerusi CyberSecurity Malaysia.

Related Articles

Back to top button