Negeri

Negeri Sembilan peruntukkan RM11.8 Juta untuk perkasa sektor pendidikan

Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan KEADILAN memperuntukkan RM11.8 juta untuk memperkasa sektor pendidikan pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, peruntukan itu yang diumumkan melalui Belanjawan 2024 lalu termasuklah bagi Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM900,000, Biasiswa Anak Negeri RM800,000, Bantuan Sekolah Tahfiz dan Swasta RM2 juta dan Program Fast Track Lepasan Tahfiz RM500,000.

Selain itu ia juga bagi membantu meringankan beban pelajar universiti dari negeri itu.

“Bagi anak-anak Negeri Sembilan di universiti yang kurang berkemampuan, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menawarkan bantuan sara hidup sebanyak RM150 sebulan.

“Sekiranya anak-anak ini memerlukan komputer riba untuk penjagian mereka, YNS juga menawarkan komputer riba percuma mengikut spesifikasi atau keperluan bidang pengajian mereka.

“Bagi siswazah cemerlang kelas pertama, YNS juga memberikan insentif sebanyak RM5,000,” katanya. di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah bagi tahun 2022/2023.

BACA LAGI: KPM komited sedia pendidikan berkualiti, termasuk melalui ekosistem pendidikan digital

Pada ucapannya juga Aminuddin menggesa alumni sekolah membantu sekolah tersebut dalam aspek yang memerlukan.

Ini jelasnya kerana ramai alumni sekolah tersebut sudah diangga berjaya dalam karier mereka.

“Ada yang berjawatan pegawai tinggi DG 52, DG 54 dalam kerajaan. Ada yang dah menjadi doktor, pensyarah, jurutera dan ahli perniagaan.

“Jangan hanya serahkan pembangunan pendidikan kepada kerajaan sahaja,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button