Semasa

KPKM dukung azam Sarawak jadi pengeksport beras – Mohamad Sabu

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mendukung dan berganding bahu dalam menjayakan azam Sarawak untuk menjadi pengeksport beras.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi komitmen itu susulan kesungguhan yang ditunjukkan Kerajaan Sarawak menjadikan negeri itu sebagai jelapang padi kedua (di Malaysia) selepas Kedah.

“Sistem saliran adalah penting bagi sawah padi dan jika kita bercakap tentang penanaman padi untuk dua hingga lima musim, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Justeru, kita (kerajaan persekutuan dan negeri) perlu berkongsi tanggungjawab ini,” ujarnya.

Menurut Mohamad, usaha ke arah merealisasikan perkara itu juga telah dimulakan dengan lawatan ke kawasan Parlimen Batang Lupar (tapak Projek SMART Sawah Padi Berskala Besar (SBB) Tanjung Bijat, tapak penanaman padi tadisional Stumbin serta tapak penanaman padi bukit di Rumah Halary Nyelam) pada Khamis (6 Februari) dan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

BACA LAGI: Belanjawan 2024 bukti Kerajaan Perpaduan dengar keluhan pesawah

“Penyediaan infrastruktur juga bermula dari sekarang,” tambahnya.

Mohamad baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia.

Kedua-dua pihak membincangkan kerjasama khususnya menggalakkan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran sekali gus memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.

Related Articles

Back to top button