Semasa

PM Anwar tiba ke Kota Kinabalu, bakal hadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Pesawat khas membawa Anwar tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 11.40 malam tadi dan disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Hari ini Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual merasmikan majlis itu pada jam 12.30 tengah hari.

Related Articles

Back to top button