Sukan

ARRC 2024: Hafizh Syahrin raih kejuaraan sulung di Zhuhai

Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China pada Sabtu.

Pelumba berusia 29 tahun itu yang menunggang untuk pasukan JDT Racing Team mengungguli perlumbaan pertama pusingan kedua kategori Asia Superbike 1000cc dengan merekodkan 20 minit 24.461 saat (s) selepas melengkapkan 13 pusingan.

Pelumba Honda Asia-Dream Racing with Astemo, Andi Farid Izdihar meraih tempat kedua dengan 20:25.215s, manakala Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing Team ketiga (20:27.603s).

BACA LAGI: Hafizh Syahrin naik podium di Buriram

Pada pelumbaan di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bulan lepas, Hafizh yang menunggang jentera Ducati Panigale V4R meraih tempat kedua pada perlumbaan pusingan pertama.

Related Articles

Back to top button