Semasa

Kerajaan belum bincang naik harga petrol, diesel – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Tegasnya, mesyuarat Jemaah Menteri termasuk yang diadakan pada minggu lepas tidak langsung membincangkan perkara itu.

“Saya meneliti perkara itu dan saya boleh mengesahkan di sini saya Ahli Jemaah Menteri, kita tidak bincang perkara ini pun. Jadi, don’t put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum ia diumumkan.

“Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi,“ katanya.

Fahmi berkata begitu dalam ucapan di Program Jiwa MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor di George Town pada Sabtu.

BACA LAGI: Dakwaan bina kasino di Forest City sabotaj berniat jahat – Menteri Besar

Sementara itu, beliau yang juga jurucakap bagi kerajaan meningatkan semua media agar tidak membuat laporan berita bersandarkan maklumat daripada sumber tidak dapat disahkan atau tidak dikenal pasti.

Related Articles

Back to top button