Sukan

Soh Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di puncak Taipei 101

Pelari menara Malaysia, Soh Wai Ching muncul juara pada Kejohanan Larian Menara Dunia di puncak Taipei 101 di Taiwan pada Sabtu.

Atlet berusia 30 tahun itu, yang sebelum ini menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga pada edisi 2018, merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat (s) pada kejohanan itu yang menarik 6,000 penyertaan.

Wai Ching melengkapkan 91 tingkat pada pusingan pertama (ketinggian 390 meter (m)) dalam 11:35.61s dan melakukan 7:1.01s (ketinggian 256m) pada pusingan kedua.

Atlet Jepun Ryoji Watanabe merekodkan 18:40.04s dan Mark Bourne dari Australia (9:33.12) masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga, menurut laman web rasmi kejohanan.

Pada 25 Februari lalu, Wai Ching, berjaya mempertahankan kejuaraan tiga tahun berturut-turut, pada perlumbaan menaiki anak tangga bangunan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.

Lebih manis, Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas dengan melakukan larian 108 tingkat, melibatkan 1,455 anak tangga (ketinggian 260 meter) dalam masa enam minit 43s, tiga saat lebih pantas berbanding tahun lalu.

Tempat kedua diraih atlet Jepun Ryoji Watanabe yang turut mencatat masa sama dengan Wai Ching, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet tuan rumah Jason Larson yang menamatkan larian dengan 8:28s.

Related Articles

Back to top button