Semasa

KPM usaha tingkat infrastruktur dan infostruktur di Sekolah, selari dasar pendidikan digital

Kementerian Pendidikan (KPM) berada pada landasan tepat untuk melonjakkan pendidikan digital.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM menjalin kerjasama rentas kementerian dengan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital dalam usaha meningkatkan infrastruktur dan infostruktur selari dengan Dasar Pendidikan Digital Negara.

“Jadi apa yang kita perkukuhkan termasuk infrastruktur dan infostruktur dan yang kedua persiapan guru kompetensi yang kita bagi tumpuan penuh.

“Ketiga ialah melonjakkan kapasiti penggunaan dan juga keupayaan Pelantar Delima yang saya fikir perlu diberikan tumpuan semua pihak kerana ia bukan sahaja untuk guru tetapi juga anak-anak murid kita,”katanya

Terdahulu, Fadhlina hadir ke Majlis Anugerah Hari Guru 2024 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Fadhlina sementara itu turut memaklumkan, pihaknya juga sedang giat meningkatkan semua infrastruktur khususnya penambahbaikan pusat kegiatan guru supaya murid-murid dan guru mendapat akses internet.

BACA LAGI: KKM sasar tempoh lima tahun laksana sepenuhnya transformasi kesihatan digital

Dalam pada itu sebagai mengulas mengenai keadaan cuaca yang tidak menentu beliau berkata, KPM sentiasa bersiap siaga dan menyediakan garis panduan yang perlu diikuti semua jabatan pendidikan negeri.

Selain itu, autonomi turut diberikan kepada setiap sekolah dalam membuat keputusan mengenai aktiviti, pemakaian dan nasihat kepada murid-murid berdasarkan perkembangan cuaca.

“Insya-Allah kesiapsiagaan kita ada dan saya ingin mengingatkan kepada semua jabatan pendidikan negeri mematuhi garis panduan kita,”katanya.

Related Articles

Back to top button