Semasa

Kampung Sungai Baru: Kerajaan sedia bincang isu penilaian harga tanah – Dr Zaliha

Kerajaan bersedia mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian dalam isu penilaian hartanah dihadapi lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa susulan gesaan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkaitan isu itu.

Bagaimanapun jelas Dr Zaliha berkata, perbincangan itu tertakluk kepada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi dan semua pihak harus faham bahawa penilaian dibuat berdasarkan nilai tanah di kawasan itu sebelum sebarang pampasan diberikan.

“Kita melihat nilai tanah berkenaan sebelum pampasan diberikan, itu memang caranya. Penduduk yang rasa ini tidak mencukupi, mereka boleh terus untuk melihat semakan mahkamah bagi melihat dan menilai kembali perkara ini,“ katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan dokumen projek laluan susur di Presint 15, Putrajaya pada Khamis.

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah dilapor berkata kerajaan perlu melaksanakan penilaian semula harga tanah dengan lebih adil berbanding RM450 hingga RM500 bagi setiap kaki persegi yang ditawarkan kepada lebih 100 pemilik kediaman flat dan teres terbabit.

Related Articles

Back to top button