Anwar

PM Anwar doakan Azman Adnan segera pulih

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan supaya cepat sembuh.

Melalui hantaran di Facebook, Anwar yang diwakili Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi telah bertemu bekas penyerang sensasi Selangor yang kini disahkan menderita sakit tulang kaki dan masalah kesihatan lain.

“Semoga saudara Azman cepat sembuh. Insya-Allah,” katanya.

Farhan Fauzi melawat legenda bola sepak Selangor itu di kediamannya pada Khamis menerusi rutin Ziarah Madani dan seterusnya menyampaikan sumbangan.

Jelasnya, Azman memerlukan rawatan fisioterapi berkala selain menderita dengan beberapa faktor kesihatan yang lain menyukarkannya melakukan kerja berat dan terputus sumber pendapatan.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau,” tulisnya.

Untuk info, Azman Adnan merupakan bekas penyerang skuad Kebangsaan pada era 90 sehingga 2000 dan beliau pernah memenangi ‘kasut emas’ dalam Liga Perdana I Malaysia pada tahun 1999.

Related Articles

Back to top button