Semasa

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada Isnin, 17 Jun

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan malam tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 8 Jun 2024 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi. Sekian,” kata Mohd Aseral.

Pengumuman itu dibuat setelah cerapan bagi melihat anak bulan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara pada petang Jumaat.

Related Articles

Back to top button