Politik

Ramai bekas ahli Umno buat pusingan U – Zahid

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan banyak permohonan daripada bekas ahli diterima yang ingin menyertai semula parti itu.

Menurutnya, perkara terbabit akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.

“Perkara berkenaan juga akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk dimuktamadkan dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi,” dipetik Bernama.

Dalam pada itu, Umno yakin mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya sudah menghadap Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan menerima senarai pendek nama calon bagi DUN berkenan.

Katanya, keputusan akan dibuat dalam masa terdekat bersama Biro Politik parti.

“Apa makna ada calon, jentera kuat, 24,000 ahli Umno Pasir Puteh, 14,000 ahli Umno Jeli dan jika ada lebih 300,000 ahli Umno di Kelantan jika Nenggiri kita tak menang.

“Saya yakin semangat Umno berbeza sekarang, Umno kembali memuncak sekarang, kita akan dapatkan kembali Nenggiri,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Puteh Pasir Puteh pada Jumaat.

Related Articles

Back to top button