Semasa

Tabung Wakaf Mara Madani: PM Anwar setuju awalkan penyaluran dana

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk mempercepatkan penyaluran dana awal sebanyak RM100 juta kepada Tabung Wakaf Mara Madani.

Perkembangan itu dikongsikan Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu hantaran di laman Facebooknya.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri setuju untuk mempercepatkan penyaluran dana awal RM100 juta kepada Tabung Wakaf Mara Madani setelah Mara mendapat keluiB) 2024 Mac lalu

Tabung itu yang bakal membantu ramai pelajar susah dan kurang berkemampuan menyasarkan dana terkumpul RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut menerima maklum balas mengenai kesukaran pelajar untuk mengeluarkan perbelanjaan awal untuk masuk ke Institusi Pendidikan Mara (IPMA) sehingga terpaksa mengikat perut sepanjang pengajian.

Lebih 70 peratus daripada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), GiatMara, kolej-kolej Mara dan banyak lagi datang daripada kalangan keluarga B40, M40, miskin dan berpendapatan rendah.

BACA LAGI: Pembentukan Wakaf MARA MADANI langkah tepat perkasa komuniti Bumiputera

“Sebab itulah saya cadangkan Tabung Wakaf Mara yang boleh diikhtiarkan untuk mengumpulkan dana wakaf yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan membantu pelajar-pelajar yang susah.

“Ia juga mampu membuka peluang untuk alumni atau bekas pelajar dalam ekosistem Mara yang sudah berjaya dan mahu kembali menyumbang kepada Tabung Wakaf Mara untuk manfaat orang lain pula,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button