Anwar

PM Anwar hulur sumbangan kepada aktivis reformis 1998

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Mohd Shamsuri Alias, seorang aktivis awal era reformasi yang telah bergiat aktif bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja sejak awal penubuhan parti.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi, baru-baru ini untuk membantu urusan harian Shamsuri sekeluarga.

“Dalam Ziarah MADANI ini, saudara Farhan sempat menyampaikan salam saya serta bertanyakan khabar kepada saudara Shamsuri yang kekal tabah berdepan ujian, selain tekal dalam perjuangan.

“Saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya kepada saudara Shamsuri dan keluarganya bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan mereka,” katanya.

Perdana Menteri turut menghargai jasa dan pengorbanan para aktivis reformasi yang telah berjuang sejak era reformasi 1998.

Related Articles

Back to top button